Tuesday, February 27, 2007

Walkman Terkini Daripada Sony



SONY (Malaysia) Sdn Bhd (Sony) memper­kenalkan Walkman terkininya, siri NW-S200.

Walkman yang kelihatan seperti sebatang kayu bersinar itu mampu menjadi “teman” paling ideal untuk mereka yang aktif.

Ia boleh didapati dalam dua model iaitu NW-S203F dan NW-S205F yang mempunyai kapasiti penyimpanan lagu antara 1GB dengan 2GB lagu.

Produk yang comel dengan berat hanya 26 gram itu dihasilkan melalui teknologi unik de­ngan badan aluminium yang tahan air serta sesuai untuk penggunaan lasak.

Ia menggabungkan gaya dengan ciri pintar seperti ‘Music Pacer’ yang menggunakan teknologi G-Sensor Sony yang mampu mengesan pergerakan penggunanya dan memainkan se­mula lagu yang sudah dirakamkan tanpa memerlukan sebatang aksesori tambahan.

Bersama walkman ini, ia juga menyediakan ciri pengiraan kalori dan jarak selain fungsi pedo­meter menjadikannya amat sesuai kepada mereka yang sentiasa mahu mengetahui hasil kegiatan senaman mereka dalam keadaan bergaya.

Walkman itu dihasilkan sebagai aksesori yang cantik dengan sentuhan elegan tetapi masih mengekalkan reka bentuk biasa.

Bagi mereka yang mementingkan penjagaan kesihatan, Walkman siri ini amat sesuai kerana ia menyediakan ciri pengiraan jumlah kalori yang dibakar ketika melakukan kegiatan senaman.

Ia juga berupaya menyimpan data untuk kegiatan yang dilakukan selama tujuh sesi sebelumnya.

Serasi dengan pelbagai format muzik, siri WalkmanÆ NW-S200 membolehkan muzik dimainkan dalam MP3, ATRAC, WMA dan AAC menjadikannya ia produk paling sesuai bagi memuat turunkan lagu.

NW-S203F (1GB) didatangkan dalam dua warna iaitu hitam atau perak dengan harga RM499 manakala NW-S205F (2GB) hanya dalam warna hitam dijual pada harga RM599. - Berita Harian